Tuesday, July 3, 2012

Menangis.


Ah... izinkan dia untuk menangis sekali lagi. Menangis sampai dia mahu. Menangis sampai dia letih. Yaaa.... izinkan dia untuk menangis lagi. Walhal yang sebenarnya, air matanya sudah kering. Tak ada lagi air mata yang dia mampu jatuhkan lagi.

Ah.. hati dia sakit. Terlalu sakit mengingatkan tentang perasaan itu. Benar, ia tidak sesakit tatkala nyawa dicabut atau di mana seorang wanita melahirkan cahaya matanya. Benar, ia tidak sesakit kesemua situasi itu. Benar, hanya dia sahaja yang merasakan hatinya sakit. Benar, ada lagi yang terluka dari apa yang dia alami, tapi tak bolehkah dia merasakan apa yang dia alami itu suatu penyeksaan pada dirinya? Bolehkah?

yaaa... dia tahu dia bersalah.
Bukan dia mahu menjatuhkan hukuman pada yang tidak sepatutnya. Dia tiada hak untuk berbuat sedemikian. Yaa… memang bodoh tatkala dia membuat andaian sebegitu tapi itu yang dia rasa. Dia trauma tahu. Yaaa… situasi dia dan situasi mereka tidak sama. Mereka juga terluka tapi dengan situasi yang berlainan. Luka mereka dan luka dia tidak sama. Tidak pada zahirnya, tidak pada batinnya.

Ah… tolong jangan bercakap seolah-olah tahu apa yang dia alami. Ini sekarang tentang dia, bukan tentang mereka. Biarkan dia seketika sebegitu. Tak boleh kah dia berpura-pura kuat untuk meneruskan hidupnya? Berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku itu yang terbaik bukan? Itu yang mereka-mereka yang pernah lukakan dirinya sogokkan padanya. Lebih baik berlagak biasa dari terlalu fikirkan tentang itu. Dan sekarang dia berlakon bahawasanya dirinya kuat padahal tidak.

Ah… izinkan dia menangis lagi. Biarkan dia menangis semahu-mahunya. Mungkin itu yang terbaik untuk dirinya di kala ini.


p/s--- ayat itu pedih tahu. Terlalu.


17 comments:

  1. Swpe wt ko ngis ni? Meh kat mak meh

    ReplyDelete
  2. menangis itu melegakan.. menangislah sebab lepas itu semuanya lebih ringan...

    *aku pun rasa nak nangis gak.. rindu nal menulis tapi apa pun xde yg keluar... mati kutu.. sob..sob..

    ReplyDelete
  3. IFFAH AFEEFAH----> uhuuuu... ada la.. Ehehehe.

    #pinjam bahu.. ='(

    ######

    NONG ANDY----> benar ia melegakan.. ehehehe. Bebanan dah rasa ringan.. huuu.

    *alaaa... jgn nngis... uhuhu. Kan kau buat aku nak nagis lagi.. tak apa.. minda kau suruh rest la tu.. huuu

    ReplyDelete
  4. TAKZiah DiATas KEHiLangan Air MATa ANda.HEhee..

    NANti KiTA BUat SUPEr SAVEr Ye.AHAks :p

    ReplyDelete
  5. ANONYMOUS---> yaa... terima kasih. Aku hargai takziah itu...

    #super saver?? bak sini no maxis,, ahaha

    ReplyDelete
  6. EHEks..
    LAin KALi JANgan SERu2.TENgok KAn DAh TimBUL :)

    ReplyDelete
  7. ANONYMOUS---> ahaaa.. bila ya aku seru kau?? ahahaha..

    Tp terima kasih sebab sudi melawat blog picisan ini.. hehehe

    ReplyDelete
  8. hurmmmm aku rasa mcm kispen... sure bukan cerpen... tapi bila aku baca sampai habis.... hurmmmm...

    sapa nanes ni? cool ok... nak nanes.. nanes aja.... tapi jgn sampai buat hati sendiri mati dan putus asa... kena tahu bila hati tu perlu direcharge semula untuk terus hidup baru...

    ReplyDelete
  9. saudari masih ada mereka diluar sana untuk menguatkan diri yang lemah itu..semua manusia asalnya ada kuat,namun lemah disebabkan akal fkiran yang cuba mendustai fakta.. belajar untuk menerima hakikat yang sbenar,apa yang anda rasa mungkin sy tak rasa,tapi pernah terfikir apakah yang anda rasa itu terlalu teruk berbanding mereka yang lagi teruk diluar sana...ada beza antara kita semua,yang kuat akan terus bangkit manakala yang lemah akan terus jatuh merudum,maafkan sy..

    slmt mlm..

    ReplyDelete
  10. _,,,_O.O_,,,_TAk APALah,LUPakan SAja :)

    BTW SELamat BERkarya.

    ReplyDelete
  11. menangis lah selama mana kau mahu. lepas menangis mesti kau akan rasa lega...percayalah!

    ReplyDelete
  12. sabar..kadang-kadang air mata tue penawar.

    ReplyDelete
  13. menangis tu terapi,
    saya tahu kamu kuat (:

    ReplyDelete
  14. Bidadari Syurga--->huuuu.. inni.. err.. tak tahu nk ckp kispen ke cerpen tapi bukan dua2..eheheh.

    yaaa... dah lega.. ehehe. =)

    ######

    woofer storm---> yaa.. saya tahu. terima kasih d atas peringatan itu. =)

    ######

    Anonymous---> ehehehe. huuuu. Merajuk.. ekekeke.

    ya.. terima kasih.. =)
    #selamat blogwalking juga#

    ######

    Lady windsor---->yaa... ia melegakan aku.. uhuuuu. =)

    ######

    penjajah minda---> benar,kadang3 ia penaawar tapi tak sangat.. =)

    ReplyDelete
  15. ahsfantasy24 ----> uhuhuu.. yaa.. sudah. Aku tak kuat tahu bila aku dah mula menangis.. ehehehe. =)

    ReplyDelete
  16. T_T .........................


    why ??????

    ReplyDelete
  17. cik ZaitUl---> ada certain things, yang benar akan buatkan kita terluka tatkala kita tersedar.. =)

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.