Wednesday, May 9, 2012

Lelaki itu #8



Ah... dia kecewa lagi.
Seorang gadis bertubuh gempal baru sahaja membelek facebooknya. Ah… tiba-tiba mahu sahaja dia deactivated Facebooknya sekali lagi. Rasa kecewa itu bertandang lagi. Ah… dia kecewa. Dia sendiri tidak tahu mengapah arus dia berasa kecewa. Bukankah dia sepatutnya berasa gembira? Gembira kerana lelaki itu bahagia. Bahagia bersama kekasihnya walaupun hatinya kecewa. Ah… mengapa harus dia rasa kecewa. Ah… bodoh perasaan ini. Terlalu.

Kekasih lelaki itu ada dalam facebooknya. Dan tadi, entah mengapa dia tergerak hati untuk stalk Facebook kekasih lelaki itu. Dan benarlah andaiannya, dia akan kecewa. Facebook kekasih lelaki itu dipenuhi dengan gambar-gambarnya bersama lelaki itu. Dia kecewa. Mahu saja dia remove kekasih lelaki itu dari Facebooknya. Dia mahu berbuat sedemikian. Tapi dia tidak  mampu, kekasih lelaki itu sama kelas dengannya. Dia risau jika terjadi apa-apa.

Ah... apa yang harus dia lakukan?
Dan pilihannya yang kedua adalah deactivated kembali Facebooknya. Mungkin itu akan buat dia lega. Adakah? Ah… mengapa dia perlu kecewa sedangkan dia sudah berjanji dengan dirinya akan lupakan lelaki itu. Dia akan lupakan lelaki itu satu hari nanti walau macam mana sekali pun. Melihat gambar lelaki itu dan kekasihnya berpegangan tangan, mengambil gambar bersama-sama, buatkan dirinya dalam kekecewaan. Ah… dia kecewa lagi. Dia menyesal stalk Facebook kekasih lelaki itu. Ah… mengapa dia selalu bertindak kata hati? Dia sudah tahu kata hatinya akan mengecewakannya.

Keesokannya, dia nampak lelaki itu dari jauh. Dia memandang lelaki itu. Dia pandang sahaja. Rasa kecewa hal malam itu, masih lagi berbekas. Ah… di saat itu, mahu saja dia pergi ke arah lelaki itu dan luahkan segala kekecewaan yang ada dalam dirinya terhadap lelaki itu. Tapi dia tidak mampu, lidahnya kelu bila berhadapan lelaki itu.

Mungkin membenci lelaki itu, pilihan yang terbaik.
Dan tiba-tiba, lelaki itu memandangnya. Mata mereka bertaut. Dia pandang lelaki itu, lelaki itu pandang dirinya. Mereka saling berpandangan. Beberapa saat kemudian, dia mengalihkan pandanganya. Dia memusingkan badannya, membelakangi lelaki itu. Entah mengapa, terbit rasa benci di hatinya terhadap lelaki itu. Ah… dia mula membenci lelaki itu. Akhirnya dia beredar dari situ. Hatinya makin menyampah dengan lelaki itu. Mungkin ia satu permulaan yang baik untuk dia lupakan lelaki itu.

Tanpa dia sedari, lelaki itu memerhatikannya. Memerhatikan dirinya yang beredar. Lelaki itu mahu saja bertanyakan pada gadis yang baru sahaja mengelak dari bertembung dengannya. Dia tertanya-tanya apa kesalahannya selama ini sehingga diperlakukan sebegitu. Lelaki itu mengeluh. Dia tidak memahami perangai gadis itu.

Dia tidak memahami gadis itu.

p/s---- silalah remove aku. Please. I'm begging you.


7 comments:

  1. lelaki itu tidak memahaminya.
    tapi aku memahami sebab aku baca kispang ni hehehe..

    *begitu sukarnya cinta terpendam...
    berbohong pada hati.. tentu sakit. TERLALU!

    ReplyDelete
  2. Nong Andy---> memahami kah kau??? hehehe.

    Yaaa.. sakit. Tapi menidakkan itu lagi bagus.. hehee.

    #errr.. tak tahu apa yg aku merepek.. maaf. Aku gila malam ini.. =DD

    ReplyDelete
  3. Ah..bodah saja lelaki itu tidak berterus terang bertanya pd gadis itu..Ah andai saja lelaki itu memahami perangai gadis itu .

    ReplyDelete
  4. pandai anda bercerpen..sy suka baca tapi kalau panjang sngt pening nak scroll..anda print kat kertas,sy baca dengan sebaik mungkin...sy tak larat nak baca entry yang lepas,kekangan masa awk..maaf ye..

    #kenapa perlu berdiam,luahkan apa terpendam..mgkn meluah dia akan bisa memahami..tapi nak kecoh lebih pun tak blh,sbab ni skdar cerpen^^

    ReplyDelete
  5. Saddalone---> oh... entah. Ini cuma fiksyen semata-mata.. =)

    ######

    Woofer Storm---> yaaa.. faham. Menulis itu satu kepuasan tahu. hehehe. Maaf panjang.. =)

    *Unfortunately.... ia cuma cerpen sahaj. =)

    ReplyDelete
  6. aku nk memahami lelaki tu je

    pempuan tak nak

    haha

    ReplyDelete
  7. Iffah afeefah---> amboi... heee... mentang-mentang la.. kkikkiki.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.