Hazwan menanti sahabat-sahabat baiknya di satu restoran yang sentiasa menjadi tempat lepak setia mereka. Agak lama dia tidak bersama mereka. Semuanya disebabkan kesibukan kerjanya. Jika dulu, alasan itu yang selalu digunakan oleh Ain bilamasa dia tidak dapat berjanji untuk bertemu mereka, namun sekarang, dia yang menggunakan alasan itu.
![]() |
| Ah... kalaulah masa itu boleh diundur balik. |
Ah… tiba-tiba dia teringatkan Ain. Ain yang dikenalinya semenjak semester 1. Lagi awal dari Ain mengenali Adam. Ah… Ain mengenalinya dahulu. Mengapa harus Adam yang menjadi pilihan Ain? Mengapa? Kalaulah, dia meluahkan perasaanya pada Ain ketika semester 6, Ain tentunya tidak akan bersama Adam sekarang. Yaa… disebabkan sifat egonya, dia abaikan perasaanya pada Ain. Dia ketika itu tidak memandang Ain yang selekeh dan tidak pandai bergaya. Baginya, Ain hanyalah rakan sekuliahnya. Dia menganggap Ain sebagai seorang sahabat, sehinggalah dia menyedari ada rasa cemburu dihatinya setiap kali melihatkan Ain bersama Adam. Yaa… Adam telah menjadi sahabat baik Ain dalam sekelip mata. Entah bagaimana Ain mengenali Adam, dia tidak tahu. Yang dia tahu dia dan Adam sama kos. Roomatenya ketika itu, Kamal merupakan sahabat baik Adam. Dan dari situ, dia, Ain, Adam dan Kamal menajadi sahabat baik.
“Uit Muhammad Hazwan Ariff, mengelamun nampak,” Ain menyapa ketika Ain dan Kamal melabuhkan punggung. Kamal di sebelahnya turut tersenyum dengan gelagat Hazwan.
“Lewatnya korang. Adam mana?” soal Hazwan. Kamal hanya tersenyum sambil memandang Ain.
“Err… Adam tak boleh datang. Dia kena pergi outstation,” balas Ain selamba. Hazwan hanya mengangguk.
“So, apa yang kau menungkan tadi? Still ingat pasal Sarah?” soal Kamal. Dia tahu, Hazwan dan Sarah baru berpisah. Dia tahu sebabnya. Hazwan tersenyum kelat.
“Tak adalah sangat. Aku just macam tu la…” Hazwan tidak tahu apa yang harus diucapkannya. Kamal hanya tersenyum sambil menepuk-nepuk lembut bahu Hazwan disebelahnya.
“It’s okey. Kau akan jumpa yang lagi baik dari dia. Kan Ain?” Kamal memandang Ain. Ain menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.Hazwan tersenyum.
“So, orderlah. Hari ini aku belanja korang,” Hazwan mengankat tangan memanggil pelayan.
“Kamal,” sapa suara seorang perempuan. Kamal, Hazwan dan Ain berpaling memandang pemilik suara itu. Kamal dan Ain menelan air liur. Kamal memandang Ain. Risau jika ada apa-apa berlaku pada Ain.
“Mila,” ucap Kamal ringkas. Mila tersenyum sinis sambil menjeling ke arah Ain.
![]() |
| Ah... perempuan itu berlagak. |
“Well… aku tak expect akan jumpa kau kat sini along with this girl,” Mata Mila masih memandang Ain. Ain hanya berlagak biasa. Seperti dia tidak mengenali perempuan yang sedang berdiri di sebelahnya.
“Kau nak apa?” Kamal memandang Mila. Dia tahu Mila sudah mengetahui tentang Ain. Dia risau jika Mila akan membalas dendam. Adam sudah menceritakan segala-galanya padanya.
“Kau ni, takkanlah kawan lama nak tegur pun tak boleh,” balas Mila. Mila memalingkan mukanya ke arah Ain. “So you that girl yang aku nampak dengan Adam kan?” soal Mila. Ain hanya mendiamkan diri sambil memandang Mila.
“Mila,” tegur Kamal. Risau jika Mila akan melakukan apa-apa terhadap Ain. Hazwan hanya memerhatikan insiden dihadapannya.
“Well, aku rasa kita tak berkenalan dengan secara rasmi kan? By the way, aku Mila, Tengku Syarmila binti Tengku Adnan,” Mila berkata sambil memandang Ain. Ain hanya tersenyum sinis memandang Mila. Mila berasa bengang dengan senyuman Ain yang dilemparkan kepadanya. “Dan kau?”
Ain menarik nafas. Dia menyedari Kamal sedang menggelengkan kepala kearahnya memberi isyarat jangan melayan Mila. “Ain Umairah,” jawab Ain pendek. Mila tersenyum sinis.
“So kau tunang dia? A very pleasure to meet you. Mungkin kau tak tahu, aku ni ex-girlfriend Adam. Adam first love,” Mila berkata sambil memandang Ain. Hazwan memandang Mila dengan reaksi terkejut.
“Aku tahu,” balas Ain. Mila mengecilkan matanya. Terkejut dengan reaksi Ain. “Kau tahu?” soal Mila.
“Yup, aku tahu kau ex-girlfriend Adam. So? Apa yang ada dengan status ex-girlfriend tu?” balas Ain. Kamal tersenyum mendengar ayat Ain. Dia tahu Ain pandai memainkan karakternya mengikut situasi.
“Kau!” Mila bersuara dengan nada tinggi. “Jangan ingat sebab kau tu tunang Adam, kau boleh berlagak dengan aku,” marah Mila.
![]() |
| Kau masa silam dia, aku masa sekarang dia dan mungkin masa hadapannya |
Ain tersenyum sinis. “Aku tak cakap pun aku ni tunang Adam. Kau yang found out sendiri yang aku ni tunang dia. Dan buat apa aku nak berlagak dengan status sebagai tunang Adam? Tak mendatangkan faedah pada aku pun,” balas Ain selamba. Mila merenung tajam Ain. Berasa bengang dengan ayat Ain.
“Kau! Bukannya cantik sangat pun!” Mila berkata. Kamal berkira-kira mahu bangun namun Ain memandangnya, cuba memberi isyarat jangan lakukan apa-apa.
“Aku tahu. Kau tak cakap pun, aku memang sedar hal itu,” Ain berkata dengan selamba. Dia menarik nafas. Cuba mencari kekuatan.
Mila memandang Ain dengan rasa bengang di hatinya. Dia berkira-kira mahu beredar dari situ. “Oh, lupa. Aku akan rampas Adam dari kau. No matter what it takes,” Mila berkata sebelum dia akhirnya beredar. Ain menghembuskan nafasnya. Kamal memandang Ain, “Kau okey?” Ain mengangguk.
Hazwan memandang Ain. “Itu, ex-girlfriend Adam?” soal Hazwan. Kamal hanya mengangguk dengan matanya masih memandang Ain. Ain tersenyum. Hazwan memandang Ain. Dia tahu Ain sedang menyembunyikan perasaan sebenarnya. Entah mengapa, hatinya risau dengan kehadiran Mila. Risau jika Ain akan diapa-apakan oleh Mila. Mila yang telah berterus terang akan merampas Adam dari Ain. Hazwan tertanya jika Ain dapat bertahan dengan situasi itu.
![]() |
| Ain cuba bersikap cool. |




Assalammualaikum ..
ReplyDeleteExcitednye nak tau apa agaknya kesudahan citer ni ye .. Hehehe
padahal nga sakit ati tuuu
ReplyDeleteelehhh.
ReplyDeletesibuk je nak masuk campur hal orang si mila nie.
grrrr
AdialUze: hehehehe.. sedang tengah cari idea nak buat ending dia.. hehehe
ReplyDelete*****
Iffah Afeefah: sakit ati??? maybe.. =)
*****
chemay: kan kan... sibu je..=)
Nah! dah dtg lagi org ke 3..
ReplyDeletetelenovella kan ahahaha.. (pinjam ayat Lady windsor heh!)
Nong Andy: hahaha... telenovella betul.. heheh
ReplyDelete