![]() |
| menunggu dengan sabar |
Ain menunggu Adam dengan penuh sabar. Dia teringatkan pertemuannya dengan Umi Adam. Ah… Ain tidak tahu langsung tentang latar belakang Adam. Yang Ain tahu hanyalah nama penuh Adam dan perasaan Adam terhadapnya serta Adam sebagai tunangnya kini. Latar belakang keluarganya tidak Ain ketahui langsung. Walau sedikitpun. Tiba-tiba dia rasa seperti seseorang yang pentingkan diri sendiri. Adam tahu semua tentangnya walau sepayah mana Ain cuba rahsiakannya, tapi dia? Apa yang dia tahu tentang Adam? Langsung kosong.
“Sorry lambat,” kata Adam setelah melabuhkan punggungnya di hadapan Ain. Setelah memesan minuman, Adam memandang Ain. Dengan penuh senyuman. Ain pandang Adam. Mereka saling memandang antara satu sama lain.
“So, asal nak jumpa Ain?” soal Ain sambil mengingatkan panggilan dari Adam semalam. “Kita ada hal yang nak dibincangkan kan?” soal Adam sambil tersenyum. Ain tersenyum kelat.
“Adam tahu Ain mungkin terkejut bila tahu hal sebenar tentang Adam kan?” Adam memandang Ain sedang memeluk tubuhnya. Mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Adam.
“Bukan mungkin. Dah terkejut dah pun. Adam tahu everything tentang Ain but Ain sikit pun tak tahu tentang Adam. Ain rasa maybe entah bila Adam nak beritahu tentang Adam pada Ain,” Ain mengeluarkan ketidakpuasan hatinya.
“Betul Ain tak tahu sikit pun tentang Adam?” Adam menguji sambil tersengih.
“Except nama penuh Adam. Itu je yang Ain tahu. The others, not at all,” balas Ain selamba. Adam tersenyum.
“Well, Adam just about nak beritahu Ain tentang Adam before kita gaduh hari tu,” Adam mengingati kejadian di tempat parking.
“Kita tak gaduh pun masa tu. It’s just Ain cakap kita akan bincang bila Adam balik nanti. Ain tak marah pun Adam,” Ain faham apa yang dimaksudkan oleh Adam. Adam hanya tersengih. Ain tidak perlu diberi penjelasan panjang lebar.
“Ok. Adam ada sebab kenapa Adam buat macam ni,” Adam berkata perlahan.
“Sebab? Takut Ain ni jenis perempuan materialistic? Yang terima cinta Adam sebab Ain tahu Adam ni punya harta yang banyak? Is that the reason?” marah Ain.
“Woooo… nampaknya Ain Umairah betul-betul marah ni,” Adam mengusik. Ain makin bengang dengan usikan Adam. Ah… Adam ni nak berbincang atau nak buat dia bertambah bengang.
“Marah la ni. You know everything about me but I know nothing about you. Siapa yang tak marah bila dia kena tipu hidup-hidup dengan tunang sendiri,” Ain mengeluarkan kemarahannya.
“Tak nampak macam marah pun,” Adam masih mengusik Ain.
“Adam Fahmi! Nak Ain tunjuk marah Ain? Fine, pergi minta pisau kat waiter tu” marah Ain. Adam hanya tergelak.
“Okey. Kita mulakan perbincangan kita dengan serius,” Adam bersuara. Ain menghembuskan nafasnya. Bengang dengan sikap Adam. “First of all, Adam minta maaf sebab rahsiakan latar belakang Adam pada Ain. I do have reason for that. But Adam akan beritahu bila tiba masa yang sesuai.”
“Masa yang sesuai? Bila? Another 3 years?” Ain tidak sabar. Dia sudah penat menunggu. Adam hanya tersenyum.
“Good idea juga. Sanggup tak nak tunggu?” usik Adam. Ain menghembuskan nafasnya. Makin bengang dengan sikap Adam.
“Tak sanggup,” balas Ain pendek. Adam tersenyum. “Sejak bila jadi orang yang tak boleh bersabar ni?” Adam memandang Ain. Ain hanya memandang Adam. Malas mahu menjawab pertanyaan Adam.
“Sebenarnya… tak semua kawan Adam tahu tentang latar belakang Adam. Sama ada yang dekat U ataupun masa zaman sekolah except Kamal. Dia tahu siapa Adam yang sebenarnya. Dan Adam tahu, even Adam tak jelaskan secara detail, Ain mungkin faham tujuan Adam buat macam ni,” Adam memandang Ain. Mengharapkan Ain akan buat andaiannya. Dia tahu Ain bagus dalam membuat andaian.







alar pendek lar pulak ceritanya..
ReplyDeletebwk bertenang yer ain..HAH
si ngokngek--- esok sambungannya.. =)
ReplyDeleteadam --> sy tanak org kawan dgn sy kerana harta .. sy nak org terima sy seadanya ..
ReplyDeletecewahh memandai je aku .. hoho.
cik gugu---- hehehe... boleh juga buat ayat tu.. huhu.=)
ReplyDeletedan.. perbualan ini akan di sambung!
ReplyDeletecis..cis..cis...
Nong Andy--- sila tunggu. aku dah jadualkan.. kekekek
ReplyDelete