Saturday, October 29, 2011

strange feeling...|part 1

comel..

Di suatu petang..

Girl A: Awak, saya rasa saya ada strange feeling kat awak.

Lelaki B: Strange feeling? Maksud awak? Cuba definekan perkataan strange tue.

Girl A: Err.. saya tak tahu. Susah nak cakap. (sambil menundukkan mukanya)

Lelaki B: Awak suka saya ke?

Girl A: Eh, macam mana awak tahu. ( pandang muka lelaki A then kembali tunduk)

Lelaki B: (Sambil tersenyum). Saya guess je. Kenapa awak boleh suka saya?
heart broken??

Girl A: Errr… saya tak tahu. Tapi saya tahu awak daa ada someone. Saya tak nak jadi orang yang ketiga. Saya tak nak kacau hubungan awak dengan awek awak tue.

Lelaki B: Then, apa tujuan awak bagitao saya hal ni? Awak cakap awak tak nak jadi orang ketiga. Tapi awak bagitao saya hal ni.

Girl A: Err.. so budak perempuan tue memang awek awak la?

Lelaki B: (sambil tersenyum).. Tak la, dia just kawan 1 kelas dengan saya. Saya selalu lepak dengan dia. Saya still single la.

Girl A: Oh, macam tu ke. (still menundukkan kepalanya). Tapi saya selalu nampak awak dengan dia. Cara awak dengan dia pom daa macam korang couple.

Lelaki B: Tak de la. Kami just kawan je.  Saya kenal dia dari zaman sekolah lagi. Lagi pom, dia daa ada pakwe. Pakwe dia kawan baik saya jugak. Takkan la saya nak couple dengan awek kawan baik saya. Saya bukan jenis yang tikam belakang kawan sendiri.

Girl A: Oh.. saya tahu awak bukan macam tue.

Lelaki B: (sambil tersenyum). Then kenapa awak boleh suka saya? Kita baru kenal 2 sem. Is it sebab saya hensem ke? Atao sebab saya pandai? Atao sebab saya famous kat U ni?

Girl A: Eh… (dengan muka yang terkejut). Bukan tue… apa yang awak cakap tue bukan tue sebab dia. Saya tak tahu. Awak orang ke 2 yang saya suka. Tapi orang yang first yang saya buat confession nie.

Lelaki B: Oh… saya faham. Majority budak-budak perempuan kat U nie suka saya sebab semua tue.

Girl A: Then, apa yang terjadi?

Lelaki B: Diorang remove saya dari FB. Ignore saya everytime diorang nampak saya. But, saya okey je..


Girl A: Oh.. saya.. (sambil mengkuis-kuis kaki dia kat tanah)
waiting dalam hujan..
p/s.. aku sambong lenkali la pulak.. tak larat .. hehe

KiTab TerFakTab...

Yess.. aku daa beli KITAB TERFAKTAB. Lantak la korang nak cakap aku jiwang sebab beli dan baca buku mengenai Cinta… yaaa.. aku suka baca benda yang berkaitan dengan relationship, cinta but nak hampiri cinta tue.. pergh.. jauh sekali.. serik kot.. =)

Apa tue KITAB TERFAKTAB? Cehhh.. malas aku nak buat pengenalan.. kalao korang seorang blogger sah-sah korang tahu.. dah3 jangan tanya soalan yang bodoh cam tue.. hehe

Aku bagi 10 bintang penuh kat Buku tue.. haha. Best..!!!

Apa yang aku suka pasal buku nie?  First thing is dia punya cover.. warna hitam.. hahah. Bila warna hitam so aku tak perlu la nak menyorok nak membaca buku cinta-cinta nie.. hehe. Plus aku suka buku yang berwarna hitam.. buku cik diary aku pom berwarna hitam.. heheh

And then..  dia punya content.. serius.. aku boleh cakap, apa yang diorang tulis-tulis, kebanyakannya aku pernah alami.. dari stalking Facebook Ex, sehingga make confession. Having a crush on someone you know u can’t get him.. perkahwinan diatur keluarga ( maybe) dan so on.. hahaha.. Aku suka everything.. hehe.

Aku nak dapat buku tue pom 2 3 kali fikir nak beli ke tak.. lao tak beli kang menyesal lak.. last-last aku ikut kata hati even kata akal cakap tak perlu.. hoho. Dan terpaksa tunggu seminggu kot nak dapat. Huhu.. And then aku siap balut lagi buku dengan plastic cover.. nak menunjukkan betapa aku sayang buku aku.. eh bukan ke aku balut semua buku aku???

nie penulis3 dia kot? *aku cilok dari Google..
So sesape yang tak dapat lagi buku tue.. sila la beli.. hehe. Okey la.. tue je nak citer pasal nie.. sape nak sila beli.. aku tak bagik pinjam.. hehe.. Hanya orang tertentu je leh pinjam.. sekian..=)

Friday, October 28, 2011

11 questions

Aku sebenarnya kena tag tao.. 2 orang sekaligus.. heheh. Mereka-mereka ini suh aku jawab soalan diorang.. hehe. Yahh. Aku suka jawab soalan yang tak berkaitan dengan Accounting.. haha. Okey.. set pertama soalan. Datangnya dari Kak Nuru... heheh,

1.                 kenapa korang sayang mak korang?
-Sayang mak sebab dia pandai masak.. hehe

2.            penah mencuri tak?
-Pernah kot?? Lupa.. @_@

3.            cinta pertama  korang sape?
-Nie.. first person yang aku suka masa zaman Matrik dulu..tapi tak luahkan. Just keep je feeling tu... hehe

4.            korang selalu masuk belog aku buat ape je?
-Of course baca entry then leave comment.. kita suka mengomen.. hee

5.            ape yang korang jangkakan untuk 5 tahun akan datang?
-Ermm.. kerja as Auditor.. Insyaallah.. ada kereta sendiri.. =)

6.            mimpi paling indah penah korang alami ape ye?
-Ermmm... mimpi jumpa mr.Right.. eh..@_@

7.            suke dengar radio klasik fm tak? 
-Ish.. tak... layan Hitz.Fm dari klasik.. klasik buat saya tertidur.. hehe

8.            secara fizikalnya, korang ni sihat ke tak?
-Alhamdullilah.. sihat je..

9.            setiap hari semayang 5 waktu cukup ke?
-Alhamdullilah.. setakat nie cukup kecuali ada bila 1 part tue datang.. heheh

10.         untuk berjaya, apeyang korang amalkan?
-Study hard.. ingat keluarga... dan impian.. dan juga solat.. bab3 kerohanian tue penting..=)

11.         last, name korang paling dasat penah digelarkan ape ye?
-Err.. setakat nie takde kot.. eh.. entah lupa.

Dan set soalan yang kedua datang dari cikYana Yusoff.. Dia tanya dalam BI tapi aku jawab dalam BM la.. boleh tak awak??? Heee..
                1-What kind of music do you like?...
                               Lao tanya bab lagu… sah3 aku jawab aku suka lagu yang rancak.. hahha. By the way I prefer English Songs .. hehe

                2-Love reading or not?
                               Of course la… lao tak aku tak baca blog orang… eh…

                3-Have you met someone special in your life?
                               Err.. yang nie aku tak tahu nak jawab apa… aku rasa tak kot lagi sebab aku sedang menunggu mr.A muncul… hohoh ~lalalalala~

                4-Do you love cooking?
                               Yang nie aku tak tahu nak jawab apa.. suka kot? Tapi still tak berapa nak pandai masak.. haha

                5-Your favourite food?
                               Aku nie tak cerewet sangat bab-bab makanan asalkan halal dan tak pelik… hahah

                6-Fall in love with chocolate or not?
                               oH.. yang nie absolutely!!! Aku cair bila jumpa kedai chocolate.. haha

                7-What kind of person that you admire most?
                               For the truth.. aku jarang nak admire orang sangat.. err..kalao aku admire pom aku tak tahu mengapa aku admire dia… eh..@_@

                8-Missed Someone? Who’s the lucky person?
                Ahaaa… aku rindu semua orang boleh tak??? Kawan dan family aku.. heheh. Kalao nak cakap lucky tue maybe boleh diklasifi bila aku start mimpikan seseorang tue.. eh..@_@

                9-Do you like Teddy bEar?
                Yang nie… OF COURSE. Kat katil aku ada 2 teddy bear… tamak tak??? Hahaha

                10-Prefer makeup or natural?
                               Aku lagi prefer natural.. sebab aku K.O bab3 makeup nie.. haha

                11-Love or hate the rains?
                               Dengan ikhlasnya dan jujurnya… aku nak cakap.. I do Love rains… yeah.. aku suka basahkan diri aku dengan hujan… aku suka tengokk hujan.. cam release tension je bila tengok hujan.. heheh

Okey daa selamat menjawab soalan3.. heheh.

Wednesday, October 26, 2011

LIpAS..

aku google pom bulu roma daa naik... *sight*

Erk… semalam nak masuk tido..tetiba hinggap seekor lipas atas katil aku. Aku apatah lagi… berjalan keluar dari bilik dengan andaian lipas tue dah takde bila aku masuk bilik selepas itu dan alhamdullilah andaian aku betul.. heheh.

Untuk pengetahuan semua… lipas adalah binatang atao serangga yang paling aku geruni selain kumbang.. eeeeeii… yang  tue memang tak boleh aku go on.. even anak dia atao pom bangkai lipas.. it’s still mengerunkan aku…

Mengapa aku gerun giler dengan lipas nie??? Aku rasa perasaan nie berlaku ketika aku darjah enam kot??? Tak sure la… tapi sampai bebila pun aku akan ingat kejadian yang membabitkan lipas pada malam itu.
geli wooooo... @_@

….cerita bermula… pada satu malam, … aku waktu tue nak  masuk tido…dan suddenly aku nampak seekor lipas duk berjalan-jalan kat lantai bilik tido.. entah mengapa aku terus mencapai penyapu yang berada di luar bilik dan dengan sekali pukulan, lipas tue telah selamat menjadi “arwah”… dan aku sedari dalam masa ituu, ada lagi seekor lipas yang duk “pandang” darii luar bilik.. aiceh… tao3 jer aku .. hahah.

Dan entah, pada malam itu, tetiba aku sedar, dan aku lihat seekor lipas… betul-betul depan mata aku… sebenarnya kat sebelah aku je… then aku bingkas bangun bukak lampu … dan aku lihat setakat bukan sekor lipas, tapi 2 3 dan seterusnya… aku rasa bilik tue daa jadik tempat lepak lipas lak… dan macam biasa aku pergi ambik penyapu… tapi lipas-lipas sekalian tak mao beredar… err… start dari situ ia daa menggerunkan aku.. makin aku hentak penyapu.. makin lipas-lipas bertambah… dan entah macam mana.. aku terus beredar pergi tido bilik lain.… hahah. Takot…


pergh.. nie lagi la geli.. ~ewwww~

Start dari insiden tue, aku memang takot dengan lipas…. Agaknya lipas-lipas sekalian nak balas dendam sebab aku mengancam “kawan” diorang kot??? Dan dari situ jugak aku daa tak buat “penganiayaan” kat binatang daa… hahah… insaf… heheh.

Tuesday, October 25, 2011

Gunung Jerai.

Oh.. nie sebenarnya daa lama(tak la lama sangat).. hehe
before nak daki..ambik gambar dulu untuk letak dalam report..
sebelom mendaki bermula.. taklimat dari jurulatih.. =)



Aku pergi KLK Ko-K Kembara ari tue (20/10/2011-22/10/2011).. which aktivitinya mendaki Gunung Jerai.. haha. Penat giler.. aku rasa dalam 6 jam kot nak sampai ke puncaknya… Tapi best kot.. serius.. haha.
Aku ada pengalaman baru.. hehe. Korang ada tak??? Haha. Apa yang best kat Gunung Jerai?? Memacam ada…hutan dia yang hijau. Suhu yang sejuk, sungai yang natural+sejuk cam air batu. Dan tak  lupa juga kepada pacat-pacat yang telah berusaha untuk mendaki atas seluar aku dan gigit aku 4 gigitan.. haish.

mass daki.. fuhh.. penat gila..=D


Aktiviti? Kita orang start kitaorang punya pendakian, pada 21/10/2011.. jam 8.30 pagi… memula kena daki 1400 anak tangga and then baru daki bukit-bukit. Fuhh.. yang nie, aku rasa cam nak tercabut jantung dan kaki aku.. even aku selalu jadik orang yang last. Selalu kat belakang sekali.. but at least aku teruskan jugak.. hahaha.

nie masa daki, jurulatih suh kita take 5 jap..
dan p isi air kat sungai yang bersih giler..
dan rasa cam air masak
dan sejuk cam air baru ambik dari peti ais..

Kitaorang sampai kat puncak Gunung Jerai dalam pukul 1.30 tengahari kot. Akhirnya.. Berjaya jugak. Haa.. kat puncak Gunung Jerai ada Hotel tao… The Regency Hotel.. lawa giler. Korang akan feel macam duk kat Cameron Highland dengan sejuknya, ketinggiannya… memang lawa argh.. aku suggest sape yang nak p Honeymoon sila datang ke sana.. eh.. haha.
akhirnya sampai jua puncak Gunung Jerai... penat LOL



And then, kitaorang tak bermalam kat Hotel tue.. giler… tue namanya bukan camping lao stay kat Hotel tu.. haha. Kitaorang kena p turun bawah, p kat campsite kiteorang, Kem Rekreasi Gunung Jerai. Kat situ memang terasa macam errr.. aku tak boleh nak describe, kalao korang jenis yang suka alam sekitar cam aku nie, korang akan rasa kagum giler. Kat situ ada sungai, pemandangan yang law agiler, korang boleh tengok 1 bandar Kota Setar kat situ. Ada kawasan penanaman padi kat bawah tue. Lawa yang teramat.. oh aku speechless la nak describe pasal nie..=)
di sini kitaorang tidur selepas mendaki


pemandangn kat Kem Rekreasi
Kat Kem Rekreasi tu, macam biasa la kena masak sendiri, aku dan sorang campmate aku masak apa entah, Jurulatih kitaorang bagik ayam 2 ketul ,2 bungkus maggi, ubi kentang dan bawang dan sedikit sayur.. haha. Yang nie kena masak 2 orang 1 group..kitaorang pakai MESS TIN.. masa hari before daki gunung Jerai, aku ditugaskan masak nasi dan entah macam mana, nasi tue jadik hangit kat bawah,, terlepas pandang kot.. haha. Campmate aku masak sardine dengan telur goreng. Pastue masa lepas daki Gunung Jerai, kat Kem REkreasi tue, aku dengan campmate aku ingat nak masak ayam goreng but entah macam mana masakan ayam tue jadik ada kuah lak, dah la masin teramat.. humph, kitaorang bantai je. Aku rasa yang paling best kitaorang masak is maggi.. haha.

nie pemandangan yang aku dapat dari Kem rekreasi tue,.. cantik gila kan ciptaan ALLAH..

Haa.. dan hari terakhir, kitaorang kena jalan lagi kali ni 12 km.. nak p lebuh raya yang jauh dari Kem Rekreasi tue…pergh.. serius..aku rasa cam daa tak rasa kaki daa.. sakit giler.. tapi sib baek jalan je,,takde daki-daki daa… hehe. Dalam kul 2 kitaorang sampai kat lebuh raya tue selepas bertolak dari kem tue kul 8.30 pagi.

nie masa nak balik.. posing ramai4

FUhh.. penat kan?? But best giler sebab tue KLK last kiterorang.. sem depan daa takde.. oh macam sedey lak.. hehe. Nanti nak join lagi la… =)

nie last destination... tunngu bas datang ambik kat sini.


Oh.. tue je la aktiviti yang aku buat.. sekian..=)

p/s-gambar aku cilok dari kawan aku.. 

Thursday, October 20, 2011

some friendship are not forever...

Orang cakap.. putus persahabatan lagi painful dari putus cinta… yaaa. Aku admit benda tue sebab aku pernah alami…

Bila imbau kembali saat kawan baik aku putuskan persahabatan aku dengan dia, aku rasa 1 minggu kot aku berendam air mata atao lebih???… berbanding masa aku putus cinta.. 3 hari je.. heheh. Ada perbezaan tak??? Of course la…
friends??? they came n left

Sebab apa eh??? Entah.. aku pom tak ingat sangat… dia tuduh aku rampas ex-bf dia… haaa.. macam tue la… aku menafikan sehabis mungkin.. tapi macam tue la… dia tak nak dengar penjelasan aku… dia cakap aku penyebab dia dengan ex-bf dia clash… sedangkan aku tak tao apa-apa pom. Serius. Aku memang la kenal ex-bf dia.. sebab diorang kapel sebab aku. Diorang kenal dari aku. Sebab ex-bf dia tue kawan aku jugak dulu. Dia curi-curi ambik no ex-bf dia dari fon aku ari tue. Entah.. maybe aku ada salah somewhere yg aku tak tao…dan mintak maaf berjuta kali pom takkan dimaafkan… ohooo…

sekarang ni.. serius memang loss contact giler. Aku pom daa tak ingat daa pasal dia. Just ari tue je aku nampak dia kat Bandar ari tu… tapi dia tak nampak aku.. maybe dia pom tak cam aku daa..

Sape cakap friendship tue forever??? Kalao daa memang ditetapkan persahabatan kita dengan si polan ni setakat nie… cukup sudah. Maybe akan bertegur sapa balik tapi nak rapat macam dulu.. kemungkinan untuk sebegitu adalah 0.1 % kot??

Besides I do friendship with everyone.. dorang tak nak kawan sudah.. aku daa tak kisah. It’s not like aku ada 1 je kawan… hohoho. Agak riak di situ. Hehe.

Tapi bak kata orang tua-tua… berkawan biar sejuta, berkasih biar satu… eh?? Betul ke tidak peribahasa ni.. aku main hentam je… ahahha.

Ohooo… okey la tue je sesi flashback ari ni.. kikiki. 

Tetiba sedey bila teringatkan friendship yang tergantung … =(

Tuesday, October 18, 2011

Mr. Right...


Ada 1 hari tue, aku call mak aku.. saje je.. kebetulan kredit telefon daa lama tak guna. Kesian aku tengok… so aku pom fikir nak laburkan ke atas mak aku…hehe. Then borak-borak.. tetiba mak aku tanya whether aku daa jumpa calon kat U nie.. Pergh.. mak aku selalu cakap pasal ni. Dislike dislike.. Dia siap suh aku cari sekarang takot aku tak jumpa lagi ke.. then aku pom jawab la aku nak habis belajar dulu..aku cari la nanti masa kerja.. haha. malas nak fikir soal ni. Then mak aku cakap baik cari sekarang… and then dia cakap, lao tak nak cari, dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia… Pergh.. tak mao tak mao.. aku lagi rela cari sendiri dari pilihan keluarga… hohoh.

Aku pelik tao.. akku tak sibukkan diri nak cari aku punya Mr.A a.k.a Mr.Right, mak aku lak yang bising-bising.. aku last-last cakap  “ala… nanti orang jumpa la tue..” then bila mak aku cakap lagi.. terus aku tukar topic.. aku cam daa tak berminat bila isu nak cari Mr.Right or Mrs. Right dibangkitkan.. haha.
no, I havenb't met Mr. right yet...=)

Betulla sekarang nie, semua orang yang masih single sibuk duk cari Mr. Right and Mrs.Right. Nak-nak final year student kat U.. haha. Masing-masing nak cari. Baik lelaki mahupom perempuan.. memang la aku kadang-kadang tercabar jugak sebab setiap kali p memana sah-sah akan nampak Couple duk dating.. kadang-kadang aku rasa cam benda tue annoying..takpe aku da lali dengan semua tue.. hahaha
En. Jodoh?

Masa aku tengok filem 3.2.1 Cinta.. aku rasa watak Sam tue ada la cam aku gak.. tapi aku takde la perangai cam dia bila dia terusan nak tawan hati Nadzril tue.. KAdang-kadang terfikir gak aku.. sampai bila aku nak stay single? Memangla aku stay single sebab apa yang Mr.X buat kat aku dulu.. since from that aku takot giler nak berkapel.. or having a commitment dengan mana-mana lelaki.. Even ada jer orang confess but aku reject.. Err.. aku boleh dikira sebagai allergy dengan lelaki ke? Tak la.. aku kawan je..aku still okey je lagi dengan manusia berlawanan jantina..

Kenapa orang sibuk nak cari Mr. Right, Mrs. Right ya? Asal tak just sit and wait sampai Mr.Right and Mrs. Right muncul dengan sendiri? Kadang-kadang apa yang kita cari memang kita takkan jumpa. Kadang-kadang apa yang kita tak cari kita akan jumpa even benda tue adalah benda yang kita dah lama cari.


aku akan cari pasword hati aku bila aku nak..


So just sit and wait....itu yang aku nak buat. Aku daa malas daa nak fikir sal ni…nak fikir bila aku daa kerja nanti.. macam kawan aku cakap… setiap orang ALLAH daa tetapkan jodoh masing-masing. So just tunggu je.. =)
takde sape yang tao ..

Last  words:….If my Mr. Right is out there, he will find me someday… and I’m going to wait patiently because he is the ONE, then he’s definitely worth waiting for. And if for some reason ALLAH did not allocate a Mr. Right for me, I’m gonna continue enjoying being who I am because there is still a purpose to my life and I intend to fulfill every second of it..=)

Saturday, October 15, 2011

Bila ex korang ajak korang kapel balik..

Okey.. katakanlah.. ex korang ajak korang kaepl balik? Apakah perasaan korang? Excited? Seronok ? Atau rasa yang teramat meluat sesangat? Adakah korang feel korang nie barang yang boleh dikitar semula? Bila dia nak, kemain pujuk+janji dengan sweet words.. then bila tak nak, kemain letak merata-rata..macam baju pulak. humph… bangang tul ex sape3 nie.. tak kisah la lelaki ke perempuan ke..
Follow your hear after u think about it deeply...

Oh.. nie bukan situasi aku. Jangan harap.. sebab aku rasa mr.X pom daa berbahagia dengan awek yang dia jumpa kat U dia tue.. oh ada aku kesah? Besides, aku yang mintak clash dulu even dia takde bagi respon papepom.. haha

Nie aku ambil dari pengalaman kawan aku. Well.. dia punya situasi ada la macam aku Cuma yang bezanya, ex dia mai cari dia lagi sedangkan aku tak!!! Pelik kan.. berbulan-bulan loss contact then tetiba mai cari dia dengan berlagak yang takde apa-apa yang  berlaku waktu tempoh yang sunyi tu? Sengal jugak.. Hurm.. lelaki memang macam tue eh? No comment.
Smile no matter what happened..

Kalao aku, aku akan jawab NO.. yeela mana ada orang yang waras yang sanggup daa ludah jilat balik. Err.. memang la aku memula macam tue nak mintak relationship aku dengan mr.X diteruskan macam biasa selepas aku send message mintak clas sebab aku thought aku yang buat keputusan membabi buta dan juga thought dia tak bersalah.. but after diselidiki beratus kali, Yup definitely dia mempermainkan aku.. but who cares now right? Aku daa happy sekarang dengan cara aku. Daa bangkit semula..  dan lagi aman bila tak terfikirkan dia.. hahaha

Bagik aku la.. aku tak tahu la apa yang korang fikir.. Kita semua punya harga diri.. baik lelaki mahupun perempuan.. masing-masing ada harga diri. Mungkin betul. But aku lagi prefer ikut kata ego.. haha. Mungkin betul yang si ex korang ada hati ,punya niat yang baik nak bersama korang semula kan? Soal hati tak boleh nak beri detail explanation. Okey la kalao niat ex tue macam tue. But bagi aku… susah nak accept.. itu aku..kita punya pendapat lain-lain.. hehe. Tapi ada kawan aku, memang kontra giler dengan aku.. huuu.. manusia kan tak sama..=)



ia ibarat epal yang dicucuk dengan paku..=)

Owh.. okey la.. tue je yang aku nak story. Apa pendapat korang? Korang pernah alami situasi macam ni tak? Happy tak? Share la kalao ada…=)
gmbar sampingan..=)

what goes around comes around...

WGACA

Pernah dgar tak perkara ni??of course la kan.. memandangkan masa kelas agama kat sekolah dulu, ustazah selalu cakap setiap perbuatan kita kat dunia nie ada balasan. Yang membezakan balasan tue sama ada di dunia atao akhirat.. lambat atao cepat..macam tue la bunyinya.

Seriously, entry nie sebenarnya aku nak buat bunyinya sayu sikit… tapi biarkan jela… haha. Hope korang tak kisah sangat.

Aku tak tao la.. balasan yang aku belajar masa kelas agama tu, ertinya sama dengan hokum karma.. déjà vu or whatever la orang panggil sekarang nie… tapi yang ketara pasal balasan-balasan nie.. hehe



Family tempat aku membesar selalu cakap… bila orang buat baik dengan kita, kita pom buat baik jugak… tapi kalao diorang tak.. biarkan sebab akan ada balasan nanti. Tue urusan dengan ALLAH selepas itu.

Let’s say for example… ada seorang ayah yang jarang gila nak ambik berat pasal seorang anak dia. But anak dia still hormatkan ayah dia sebagai seorang ayah. Selalu telefon tanya khabar even ayah dia jarang buat semua tue kat dia. Dan 1 hari entah macam mana, dia dapat tahu dari mulut ayah dia, yang ayah dia kawin dengan mak dia just sebab kasihan. Dan suddenly entah macam mana dia pom conclude selama nie mengapa dia tak pernah dapat layanan yang sama macam adik beradik tiri dia yang lain. Dan bila si anak tue daa makin meningkat dewasa, dia dapat tahu adik beradik tiri dia melayan ayah dia dengan cara yang dia rasa tak patot langsung, dari situ si anak tue still mengambil berat kat ayah dia even sometimes rasa nak give up, even tak pernah berborak dengan ayah dia happily. Dan sebab anak tue mengambil berat kat ayah dia is because dia rasa kasihan dengan ayah dia, bukan sebab dia sayang ayah dia.

Macam what goes around comes around kan???

Fuhh.. panjang jugak example yang aku bagi.  Kadang-kadang aku rasa kalao nak buat sesuatu tue kena seikhlas mungkin…  dan fikir pakai akal fikiran.. yeah.. sometimes kita buat something, kita tak pakai akal kan???

Okey… aku daa menyimpang dari tajuk asal… so macam tue la.. setiap yang kita buat nie ada balasan.. so beware of it. Heheh
THIS is life recycyle...

*sebagai peringatan untuk aku jugak.. hehe.

Friday, October 14, 2011

Let’s keep in touch.. okey?

mailbox
Korang pernah feel tak apa yang aku feel sekarang nie?

Aku ada seorang kawan perempuan.. memang rapat gila. Everytime aku ada masalah, aku cari dia.. bila aku rasa borim, aku call dia.. dapat dengar suara dia, dapat cakap-cakap dengan dia, daa buat aku rasa happy. Even aku tahu dia pom busy jugak dengan dia punya hal. Kitaorang tak sama U.. but kitaorang kawan daa dalam hampir 3 tahun.. but aku paling sayang dia antara kawan-kawan baik aku. It’s not that aku pilih kasih but aku lagi comfortable dengan dia.. huhu. Yaa.. kawan-kawan dia pom ingat aku kapel dengan dia sebab mana ada pompuan yang akan call kawan pompuan dia kul 2 3 pagi kan?? But aku bukan lesbian tao…aku still seorang yang normal.. huhu

Then, ada 1 tika tue, bila aku tahu dia cam rapat dengan kawan perempuan aku yang lain, aku rasa jelez, aku tahu aku tak de hak nak sekat dia punya kebebasan… but still aku rasa jelez.. Oh sorry ya awak. But still aku dapat cover aku punya jelez tue.. =) then, aku act cam biasa je…
they are like stars

Then, entah camne aku terfikir sampai bila aku nak rapat dengan dia.. nak call dia, nak cari dia bila aku rasa borim , down or whatsoever.. Boleh ke aku hidup tanpa dia? Sebab 1 hari nanti, dia akan kahwin, ada family sendiri… bila masa tue tiba, aku daa tak boleh lepak dengan dia, keluar jenjalan dengan dia macam dulu-dulu. Hurm.. time will change right? Of course our friendship will remain.. but aku daa biasa dengan dia.. then 1 hari dia akan rapat dengan orang lain.. waktu tu memang aku tak tahu apa yang akan jadi.. Yaa.. as her friend I’m happy for her.
keep in touch.. =)

Dia cakap, aku still boleh buat semua tue macam dulu if dia daa kawin nanti.. daa ada famly sendiri.. But still there’s a limitation for that right?Tak macam sekarang nie . Serius.. aku takut kehilangan dia.. huhu
stay in touch

Aku rasa Insyaallah aku dapat hadapi nya.. time will change right???

Wednesday, October 12, 2011

citer yang bermula ketika hujan..

ini kisah Hari tue... =0


Ada 1 hari tue.. masa kat bus stop, aku terpandangkan girl yang sama aku jumpa ari tue dalam hujan. Sekarang nie, dia duduk sambil duk baca nota kot??? Aku tak tahu tapi yang pasti kat tangan dia ada sekeping kertas.  Dia khusyuk gila duk baca. Sampai tak sedar  orang duk lalu lalang depan dia ataopom orang duduk sebelah dia. Haa… time tue dah tak hujan dah. huhu
scene di bus stop..

Outfit dia ari tue adalah baju kurung kuning bercorak bunga putih dan bertudung putih. Pergh.. memang khusyuk gila dia. Maybe dia ada kuiz kot esok??? Atao dia memang rajin??? Haa… Dia still sorang-sorang lagi. Aku tengok orang lain semua duk sibuk berborak-borak dengan kawan-kawan diorang. Siap gelak macam bus stop tue mak datok dia yang punya. Tapi girl tue still sorang-sorang… agaknya dia tak sama kelas dengan kawan dia kot??
khusyuk nya dia



Dan entah macam mana… aku nampak lelaki ari tue. Berjalan ke arah girl tue. But girl tue memang tak sedar la sebab dia khusyuk duk baca nota kat tangan dia…hehe. Kat tangan lelaki tue ada 1 beg kertas. Aku tak tahu apa isi kandungan beg tue. Dan lelaki  itu berjalan dengan penuh senyuman ke arah girl tue dan berhenti depan girl tue.



Dan entah macam mana girl tue yang khusyuk tunduk sambil baca nota dia, mengankat kepalanya dan terus memandang siapa yang berdiri depan dia. Aku rasa maybe girl tue daa sedar kot yang ada orang berdiri depan dia. Dan lelaki itu sambil tersenyum lebar bertanya kat girl tue “Awak ingat saya lagi tak?”. Dan sebelum sempat  girl tue menjawab, lelaki tue dah duduk sebelah girl tue. Aku rasa girl tue tergaman kot dengan tindakan outrageous lelaki tu. Huhu

Girl tue diam je sambil pandang sekejap lelaki tue before sambung balik baca nota kat tangan dia. Dan lelaki itu terus bertanya lagi kat dia “Awak baca apa? Rajinnya.” Girl tue pandang dia sambil senyum. Aku rasa mesti dalam hati girl tue cakap, “Eh, mamat nie sibuk je, suka hati la.”

Then entah, aku nampak lelaki itu bangun semula dan berdiri depan girl tue. Dan dia hulurkan beg kertas yang ada kat tangan dia kepada girl tue. Girl tue pom pandang semula kat lelaki tue. Mesti dalam hati tue, girl tue cakap, “Eh, apa kes mamat nie? Gila ke apa?”. Lelaki tue pom, macam daa syak yang girl tue akan fikir yang bukan-bukan, terus dia kata, “Awak, saya tahu hari nie hari jadi awak.” Girl tue pom terus menjawab, “Eh, awak nie salah orang ke?”
paper bag cam nie ..cute..sila bayangkan. haha

 Aku tengok lelaki tue cool giler je. Senyum je dia before dia berkata, “Tak. Saya tahu hari nie hari jadi awak. Jangan risau. Saya tak de niat lain. Saya just nak bagi awak hadiah yang tak seberapa nie. Dalam nie (sambil memuncungkan mulutnya ke arah paper bag yang dia pegang) ada 1 nota. Nota yang cerita everything. Bagaimana saya jumpa awak. Tahu pasal awak dan so on la.”

Aku tengok orang-orang yang ada kat bus stop tue pom daa pandang semacam kat arah lelaki tue dan girl tue. Girl tue still pandang lelaki tue. Lelaki tue senyum je. Dan entah macam mana, lelaki tue letakkan paper bag tue sebelah girl tue. Girl tue just pandang je paper bag sebelah dia.
hadiah  apa yerk??

Dan lelaki tue terus cakap lagi, “Harap awak sudi terima hadiah nie. Jangan risau. Masih ada banyak masa lagi nak explain semua ni” Lelaki tue kembali senyum kat girl tue.  Girl tue aku rasa daa terkedu kot. Haha. Pastue, lelaki tue sambung lagi before dia blah dari bus stop tue, “Saya rasa kita akan jumpa lagi.” Lelaki tue pom blah. Girl tue just pandang je lelaki tue blah, melintas jalan dan naik bas kat seberang sana.

Dan  aku dengar ada orang menjerit.. err bukan jerit la cakap… “Wahhh.. romantic giler.” Aku tengok muka girl tue daa merah. Malu kot diperlakukan sebegitu kat orang ramai. Dan bus datang. Aku tengok girl tue pandang paper bag tue, memikirkan dia nak ambik ke tak. So lepas beberapa saat, dia pun bangun. At first aku ingat dia nak tinggalkan paper bag tue kat situ. Tapi tak. Aku nampak tangan kanan dia mencapai paper bag tue dan berjalan menaiki bus sebelum bus terus beredar dari situ.


Dan dari kejauhan, bus kat seberang sana still ada lagi. Tak bergerak lagi. Dan entah macam mana aku ternampak lelaki tue duduk kat bahagian tingkap dan pandang bus stop arah sini sambil tersenyum. Agaknya dia daa tahu yang girl tue akan ambil hadiah tue. kan kan kan??? hehehe
Cerita yang bermula dari hari hujan.. haha


~THE END OF PART 2~